NEW YORK: Pertubuhan hak sivil dan advokasi Islam terkemuka, Council on American-Islamic Relations (CAIR) mengecam undang-undang baharu Tajikistan yang bertujuan melarang pemakaian tudung dalam kalangan wanita di negara berkenaan. Pengarah Penyelidikan dan Advokasi CAIR, Corey Saylor menyatakan kebimbangan terhadap implikasi undang-undang sedemikian dan menyifatkannya sebagai pelanggaran serius terhadap kebebasan beragama. “Mengharamkan hijab adalah pencabulan kebebasan beragama dan larangan seperti itu tidak sepatutnya diamalkan di mana-mana negara yang menghormati hak rakyat…