KOTA BHARU: Tindakan seorang buruh menyimpan dua laras senapang buatan sendiri dipercayai untuk kegiatan memburu haiwan secara haram mengundang padah selepas dia ditahan polis dalam serbuan di Pos Blau dekat Gua Musang semalam. Dalam serbuan pukul 4 pagi itu, polis turut merampas 15 biji guli yang dijadikan sebagai peluru untuk tujuan berburu. Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, sejurus menahan suspek berusia 41 tahun itu anggota bertugas telah…