Bekalan lembu korban di Johor mencukupi, harga kekal

Bekalan lembu korban di Johor mencukupi, harga kekal

ZAHARI Sarip (tengah) menyampaikan replika kepada usahawan tani sempena Karnival Jualan Usahawan Industri Asas Tani 2024 di Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri memberi jaminan bekalan lembu mencukupi bagi memenuhi keperluan umat Islam melakukan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada pertengahan bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Zahari Sarip berkata, hingga kini pihaknya bukan sahaja tidak menerima sebarang laporan berlaku kekurangan bekalan lembu, malah tidak menerima aduan bahawa berlaku kenaikan harga.

“Harga jualan lembu di Johor direkodkan antara RM5,000 sehingga RM6,000 seekor pada tahun lalu dan kita tidak menjangkakan berlaku kenaikan pada tahun ini.

“Kita juga menjangkakan tidak berlaku kekurangan bekalan lembu menjelang perayaan Aidiladha pada 17 Jun ini,” katanya selepas merasmikan Karnival Usahawan Industri Asas Tani (IAT) anjuran Jabatan Pertanian Negeri Johor 2024 di Angsana Johor Bahru Mall, di sini hari ini yang turut dihadiri Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat.

Zahari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri dan daerah akan memantau bekalan lembu bagi memastikannya memenuhi keperluan bagi tujuan ibadah korban.

Katanya, lebih 2,500 penternak lembu  di negeri ini membekalkan keperluan haiwan tersebut, sekali gus membantu mengurangkan kebergantungan terhadap lembu import. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN