KUALA TERENGGANU: Jualan pelbagai jenis rempah-ratus di Pasar Kedai Payang di sini meningkat hampir tiga kali ganda sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini. Seorang peniaga rempah-ratus, Muhammad Shahrulnizam Rasman, 27, berkata, ramai pelanggan mula membanjiri Pasar Kedai Payang untuk membeli rempah ratus sejak kelmarin dan situasi itu dijangka berterusan hingga Selasa depan. Menurutnya, pemintaan rempah-ratus tinggi di pasaran kerana banyak majlis korban diadakan dalam tempoh perayaan tersebut. “Selalunya, nak…










