PITAS: Rintihan tidak didengari, penduduk lima buah kampung di sini mengambil inisiatif mengumpul dana untuk memperbaiki sendiri jalan rosak menuju ke kampung mereka. Jalan Rosop-Dandun digunakan kira-kira 1,400 penduduk adalah laluan utama dari lima kampung tersebut menuju ke Pekan Pitas. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Adat Kampung Bilangau Besar, Edward Upak berkata, penduduk kampung terpaksa mengumpul dana bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan jalan dilakukan. Katanya, jika hendak menunggu agensi kerajaan datang…










