PETALING JAYA: Sebanyak 63 laporan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung penulisan kolumnis, Andrew Sia yang mendakwa Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengamalkan sistem aparteid. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat ini pihaknya sudah merakam percakapan 65 individu bagi membantu siasatan. Katanya, ia membabitkan 63 individu yang membuat laporan polis di seluruh kontinjen di seluruh negara. “Selain itu, kita merakam percakapan dua individu dari…