KLUANG: Lima remaja ditahan polis kerana disyaki mencuri sebuah motosikal di Jalan Sutera 1, Taman Mewah, Layang-Layang, dekat sini Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, tindakan kumpulan remaja berkenaan kira-kira pukul 2.30 petang itu dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang penduduk sebelum ditularkan. Susulan itu, semalam pasukan polis dari Balai Polis Bemban melakukan tangkapan ke atas lima remaja lelaki berkenaan yang berusia 13…