11 maut akibat gelombang panas, banjir di India

11 maut akibat gelombang panas, banjir di India

SEORANG petani di daerah Ludhiana Punjab cuba menyejukkan badan kerana cuaca panas.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: India sedang bergelut dengan cuaca ekstrem yang menyebabkan gelombang haba, tanah runtuh dan banjir sehingga mengorbankan sekurang-kurang 11 nyawa, minggu ini.

Menurut akhbar Times of India, New Delhi mengalami suhu paling panas dalam tempoh enam tahun semalam, apabila hospital di bandar itu melaporkan sekurang-kurangnya lima kematian akibat strok haba.

Pegawai Pengurusan Bencana negeri, Siju Das berkata, kejadian banjir dan tanah runtuh di negeri timur Assam mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang.

“Tanah runtuh mengakibatkan seorang wanita dan tiga anak perempuannya termasuk yang berusia tiga tahun tertimbus hidup-hidup.

“Rumah mereka berada di cerun dan mereka meninggal dunia di tempat kejadian sekitar tengah malam Selasa,” katanya selepas menemukan mayat dalam operasi selama tiga jam.

Sejak Mac, suhu di New Delhi dan negeri berdekatan Rajasthan mencecah sehingga 50 darjah Celsius, manakala bilangan gelombang haba meningkat dua kali ganda pada musim ini.

Di Assam, lebih 160,000 orang terjejas dengan air melepasi paras bahaya di Kopili, salah satu anak sungai terbesar Brahmaputra, yang merupakan antara sungai terbesar di India.

Lebih 30 orang di negeri itu meninggal dunia sejak akhir Mei, dalam kejadian banjir dan tanah runtuh yang tercetus akibat hujan lebat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN