100 ekor merpati dilepas simbolik 100 tahun Tambak Johor - Utusan Malaysia

100 ekor merpati dilepas simbolik 100 tahun Tambak Johor

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim menyaksikan penyerahan cenderamata oleh Onn Hafiz Ghazi kepada Dr. Vivian Balakrishnan di tengah tambak sempadan Johor dan Singapura sempena Ulangtahun ke 100 tahun Tambak Johor di, Johor Bahru hari ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menyempurnakan Majlis Sambutan Perasmian 100 Tahun Tambak Johor yang diadakan di titik sempadan tambak antara Malaysia dan Singapura, pagi tadi.

Baginda turut berkenan menyaksikan pelepasan 100 ekor burung merpati sebagai simbolik upacara berkenaan yang dilepas bersama antara Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Menteri Luar Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan.

Onn Hafiz berkata, majlis itu sangat signifikan khususnya untuk warga Johor dan Singapura yang menandakan hubungan akrab kedua-dua pihak.

“Kami berharap majlis ini akan kukuhkan lagi semangat persaudaraan dan kejiranan antara Malaysia dan Singapura, serta Johor,” katanya kepada pemberita.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Mohd. Hairi Mad Shah; Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dr. Azmi Rohani dan Pengerusi Pusat Kelestarian Johor (JSC), Datuk Seri Hasni Mohammad.

Kedua-dua delegasi melibatkan kepimpinan kerajaan negeri Johor dan kerajaan Singapura turut bertukar cenderahati.

Program berkenaan yang berlangsung serba ringkas itu tamat pada pukul 9.05 pagi.

Setelah keberangkatan pulang Pemangku Sultan Johor, delegasi kehormat lain meneruskan lawatan ke Pameran Sambutan 100 Tahun Perasmian Tambak Johor di Muzium Tokoh Johor, Bukit Senyum, di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×