SEGAMAT: Mayat warga emas yang hilang dan dikhuatiri lemas dua hari lalu ditemui 10.20 pagi ini di Sungai Palong, Kampung Balai Badang, Buloh Kasap, Segamat. Menurut Ketua Balai Bomba Penyelamat Bandar Segamat, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Muhd Hazim Abdul Razak, mayat Poninan Panijo, 66, dijumpai kira-kira 500 meter dari tempat dia dipercayai terjatuh. “Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,”katanya ketika dihubungi hari ini. Warga emas tersebut dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas memeriksa bot miliknya di pinggir Sungai Palong, Kampung Balai Badang. Menurut isteri mangsa, dia sempat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya