KUALA LUMPUR: Seorang pesara wanita terpaksa berputih mata apabila hasratnya untuk mendapatkan kembali wang dilaburkannya pada Februari lalu lebur apabila sekali lagi diperdaya sehingga kerugian sebanyak RM619,390. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian terbabit pada 12 Mei lalu. Katanya, mangsa mendakwa menerima emel daripada sebuah syarikat yang menawarkan untuk mendapatkan semula wang dilaburkannya dalam pelaburan Forex pada…










