Usia 100 tahun: Nek Wa ada 50 cucu, 147 cicit

Usia 100 tahun: Nek Wa ada 50 cucu, 147 cicit

ANAK-anak Sapiah Hassan meraikannya pada majlis kesyukuran ulang tahun kelahiran ke-100 di sebuah hotel di Banda Hilir, Melaka
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Meskipun sudah menganjak umur mencecah 100 tahun, Sapiah Hassan atau lebih mesra disapa Nek Wa menzahirkan rasa syukur kerana tidak menghidap sebarang penyakit kronik.

Sapiah yang mempunyai 50 cucu, 147 cicit dan 21 piut dilahirkan pada 29 Jun 1924 di Merlimau, Jasin dekat sini berkata, dia tidak mempunyai amalan khusus untuk terus sihat pada usia satu abad termasuk pantang larang tertentu.

Jelasnya, sebagai umat Islam, menjaga solat lima waktu adalah perkara utama yang paling dititik-beratkan sejak dari waktu muda.

“Daripada segi pemakanan saya makan sama sahaja macam orang lain. Cuma saya lebih gemar ikan berbanding ayam. Lain-lain amalkan pemakanan seimbang seperti sayur dan ulam-ulaman.

“Paling penting hubungan kita dengan Allah, solat kena jaga dan selalulah meminta kepadanya supaya dikurniakan kesihatan berpanjangan.

“Tipulah kalau kata tidak sakit langsung dalam usia ini. Ada juga sakit-sakit biasa tetapi tidaklah kronik. Saya boleh beribadah seperti biasa, boleh ikut anak, cucu jalan-jalan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada majlis kesyukuran ulang tahun kelahirannya ke-100 di sebuah hotel di Banda Hilir di sini.

Tambah Sapiah, arwah suaminya meninggal dunia pada 1 Disember 1980 dan mereka dikurniakan tujuh anak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×