Tuntutan palsu: Bekas pegawai Ahli Parlimen Merbok didenda RM45,000

Tuntutan palsu: Bekas pegawai Ahli Parlimen Merbok didenda RM45,000

MOHAMAD Khalid Abdul Hamid (tengah) dibawa pegawai SPRM selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu di Mahkamah Sesyen, Alor Setar. – UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang lelaki yang pernah berkhidmat dengan bekas Ahli Parlimen Merbok didenda RM45,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bagi projek baik pulih rumah pada 2020.

Tertuduh, Mohamad Khalid Abdul Hamid, 46, yang ketika itu bertugas sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Ahli Parlimen Merbok membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.

Mengikut kertas pertuduhan, dia secara curang menggunakan dokumen palsu atas nama syarikat Zaifol Azri Abu Seman membuat tiga tuntutan berjumlah RM29,500 bagi kerja baik pulih rumah penduduk yang rosak akibat bencana di kawasan Parlimen Merbok.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Merbok pada 20 Januari 2020.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Zahariman Keman, Muhamad Taufik Awaludin dan Mohd. Yasri Yahya, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mohamad Khalid dalam rayuannya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman minima berikutan kes itu adalah kesalahan pertamanya dan kini hanya bekerja sebagai penjaga stor dengan pendapatan RM2,500 sebulan.

Selain itu, tertuduh juga memaklumkan menanggung ibu berusia 74 tahun dan tiga anak saudara yang kematian bapa.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan meminta hukuman maksimum dikenakan berikutan kes terbabit membabitkan kepentingan awam dan bantuan kepada rakyat yang terjejas akibat bencana ribut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN