TAMPIN: Seorang lelaki didenda sebanyak RM4,200 di Mahkamah Majistret Tampin di sini, selepas dia mengaku bersalah menumbuk serta mengugut tunangnya dalam kejadian di Rembau, minggu lalu. Tertuduh, Megat Amir Muhaimin Megat Azhar, 28, berasal dari Puchong, Selangor, membuat pengakuan berkenaan sebaik dua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret, Kartini Kasran. Bagi pertuduhan pertama di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu menakutkan secara jenayah kepada seorang wanita, majistret menetapkan hukuman…