Tujuh lagi PATI ditahan cuba masuk ke Sarawak - Utusan Malaysia

Tujuh lagi PATI ditahan cuba masuk ke Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) mematahkan satu lagi cubaan oleh tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk memasuki negara ini melalui jalan tikus di sempadan Sarawak-Kalimantan Barat, Indonesia.

Divisyen Pertama Infantri Malaysia berkata, individu terbabit itu ditahan di Sektor Pos GABMA di Biawak.

“Pasukan peronda TDM dan Tentera Darat Nasional Indonesia (TNI-AD) yang mendapati tujuh individu terbabit cuba lolos ke Malaysia berhampiran laluan tikus, kira-kira 100 meter dari sempadan Indonesia pada sekitar tengah malam semalam.

“Pemeriksaan dan soal siasat yang terhadap tujuh individu berkenaan mendapati mereka dalam perjalanan untuk bekerja di Malaysia sebagai buruh kontrak atau pekerja ladang,” jelasnya.

Tujuh PATI yang berumur antara 21 hingga 46 tahun itu bagaimanapun didapati tidak membawa sebarang barangan terlarang atau berbahaya.

“Mereka diiringi ke sempadan negara untuk dihantar pulang dan laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Lundu.

“Ia disahkan bahawa ini adalah percubaan pertama tujuh individu terbabit untuk cuba memasuki Sarawak secara tidak sah,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×