Tuanku Syed Sirajuddin ‘payung’ rakyat Perlis

Tuanku Syed Sirajuddin ‘payung’ rakyat Perlis

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail merupakan seorang pemimpin disayangi seluruh rakyat jelata berikutan keprihatinan ditunjukkan baginda.

Selain itu, baginda juga merupakan payung yang menjadi tempat berteduh dan amat mengasihi rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling berkata, Tuanku Syed Sirajuddin adalah pemerintah yang bertimbang rasa dengan mengambil berat perihal rakyat khususnya membabitkan aspek kebajikan.

“Baginda juga kerap memberi peringatan kepada pemimpin khususnya dalam pentadbiran kerajaan negeri agar memberi perhatian terhadap kesejahteraan rakyat,” katanya.

Seorang pengusaha kedai makan, Khor Sooi Hwang, 57, berkata, Tuanku Syed Sirajuddin sentiasa menyantuni rakyat dan sering membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Katanya, baginda juga mahu perpaduan dan menginginkan seluruh rakyat hidup secara harmoni.

“Perlis sangat bertuah kerana mempunyai pemerintah yang mengutamakan nasib rakyat untuk hidup dalam keadaan aman dan harmoni,” katanya.

Seorang penjawat awam, Tengku Azmir Tengku Zabit, 35, berkata, Tuanku Syed Sirajuddin sentiasa memberi perhatian tentang pembangunan Perlis agar tidak ketinggalan dengan negeri-negeri lain.

Malah, Tengku Azmir berkata, baginda sentiasa menunjukkan teladan baik agar menjadi ikutan buat seluruh rakyat.

“Baginda turut mementingkan kebersihan di Perlis dan mahukan masyarakat negeri ini hidup sihat sejahtera.

“Baginda sentiasa menjadi pelindung buat rakyat dan sifat itu menyebabkan baginda amat disayangi oleh rakyat negeri ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya