SHAH ALAM: Kira-kira tiga juta penduduk Lembah Klang akan menghadapi gangguan bekalan air berjadual berikutan kerja-kerja penyelenggaraan aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 pada 5 Jun depan. Syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) berkata, kawasan yang terlibat adalah Kuala Lumpur, Petaling, Gombak, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor. Kerja-kerja penyelenggaraan kali kedua selepas yang pertama pada 2021 itu akan bermula pukul 9…










