BAGAN DATUK: Kerajaan tidak bercadang untuk mengecilkan pengendalian program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah tiga kementerian sahaja berbanding di bawah 12 kementerian sekarang. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, sebaliknya menjelaskan Kabinet membuat keputusan agar Majlis TVET Negara yang dipengerusikannya, menyelaraskan semua aktiviti pendidikan bidang berkenaan. “Ini telah dilakukan dengan baik dan saya merasakan ia (TVET di bawah 12 kementerian) biarlah berjalan dengan…










