Tentera Israel biadab bakar al-Quran - Utusan Malaysia

Tentera Israel biadab bakar al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Sebuah video klip tular dalam media sosial memaparkan seorang anggota tentera Israel membakar senaskhah al-Quran di sebuah perpustakaan di Universiti Al-Aqsa, Gaza. 

Suspek juga dilihat mencampakkan kitab suci umat Islam itu ke dalam timbunan api. 

Video dan gambar itu turut disiarkan dalam saluran televisyen Israel. 

Perdana Menteri Palestin, Mohammad Mustafa turut berkongsi gambar tentera itu di dalam akaun media sosialnya. 

Menerusi perkongsian itu, anggota tentera itu dilihat sedang membaca buku yang dipercayai senaskhah al-Quran berlatarbelakang rak buku yang sengaja dibakar di perpustakaan sama. 

“Tentera Israel menyasarkan semua universiti di semenanjung Gaza, dengan sebahagian besar sudah musnah sepenuhnya,” tulisnya dalam X. 

Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Polis Tentera Israel membuka kertas siasatan berhubung salah laku anggotanya membakar al-Quran. 

Sejak serangan di Gaza meletus, tentera Israel berulang-kali menyiarkan kandungan yang bersifat mengejek, menyindir dan merendahkan martabat rakyat Palestin dalam akaun media sosial mereka. -AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya