SKMM tambah baik kemudahan internet Kampung Orang Asli - Utusan Malaysia

SKMM tambah baik kemudahan internet Kampung Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menambah baik kemudahan internet Kampung Orang Asli Kerling, Kuala Kubu Bharu.

Komunikasi Korporat SKMM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mengambil inisiatif untuk menjalankan Proof of Concept (POC) Starlink sebagai alternatif kepada gentian optik sebagai sambungan teras kepada menara Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Kampung Orang Asli Kerling.

Katanya, ini kerana liputan menara telekomunikasi itu yang telah siap pada tahun lalu belum boleh diaktifkan selepas sambungan rangkaian optik itu dijangka siap pada suku pertama tahun hadapan.

“Menara (JENDELA) berkenaan telah siap pada tahun lalu dan kini dalam proses sambungan rangkaian gentian optik ke menara sebelum boleh diaktifkan. Sambungan rangkaian optik ini dijangka siap pada suku pertama tahun hadapan.

“Namun, memandangkan terdapat keperluan kepada perkhidmatan telekomunikasi di perkampungan Orang Asli ini, MCMC telah mengambil inisiatif untuk menjalankan POC Starlink sebagai alternatif kepada gentian optik sebagai sambungan teras kepada menara Kampung Orang Asli Kerling,” katanya dalam kenyataan.

Menurut kenyataan itu, menara Kampung Orang Asli Kerling akan diaktifkan bermula 8 Mei melalui pelaksanaan POC berkenaan.

Katanya, pengaktifan itu dengan menawarkan perkhidmatan telekomunikasi daripada tiga syarikat telco utama iaitu CelcomDigi, Maxis dan U Mobile.

“Perkhidmatan telekomunikasi ini akan memudahkan urusan harian penduduk bagi tujuan komunikasi, pendidikan dan lain-lain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya