Sekat berita palsu tapi rai perbezaan pendapat

Sekat berita palsu tapi rai perbezaan pendapat

Datuk Seri Salleh Keruak
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua tindakan bagi menjamin keselamatan negara diperlukan termasuk mengekang penyebaran berita palsu.

Namun dalam masa sama, meraikan semua pendapat juga penting sebagai kebebasan bersuara.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, mantan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Keruak berkata, tindakan kementerian Komunikasi secara positifnya berjaya mengekang penyebaran berita palsu, namun dalam masa sama perlu meraikan perbezaan pendapat dari semua pihak.

“Dalam keadaan sekarang ini, sangat penting untuk kerajaan mengawal berita palsu kerana ia berkait rapat dengan keselamatan negara.

“Bagaimanapun, negara ini perlu amalkan kebebasan bersuara untuk semua pihak dan ia perlu diraikan meskipun terdapat perbezaan pendapat.

“Cuma dari segi indeks yang dikeluarkan itu, saya tidak tahu atas penilaian apa yang dibuat sehingga meletakkan Malaysia di tangga 107 dan angka itu bukan yang bersifat statik,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Malaysia jatuh 34 tangga dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 sekali gus menempatkan negara pada kedudukan ke-107 berbanding 73 tahun lalu.

Dalam masa sama, seorang lagi bekas Menteri Komunikasi, Datuk Seri Shabery Cheek berkata, semua pihak tidak perlu terlalu ghairah dengan catatan indeks tersebut kerana ia tidak mencerminkan kemakmuran atau kemajuan sesebuah negara.

“Timor Leste di tangga 20, mengatasi banyak negara Eropah lain termasuk USA. Apakah kita nak jadi seperti Timor Leste? manakala Singapura berada di tangga 126, tetapi sentiasa dijadikan contoh sebagai negara termaju di rantau ini.

“Indeks hanya mencerminkan aspek tertentu, tetapi terpulang kepada kita apa yang diperlukan sebagai sebuah negara yang baik,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×