KUANTAN: Kemenangan calon kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baru (KKB) menandakan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) semakin diterima pengundi. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ahli akar umbi UMNO sendiri juga sudah mula menerima hakikat parti tersebut adalah sebahagian daripada kerajaan Perpaduan. Beliau berkata, penerimaan itu juga dapat dilihat menerusi beberapa siri PRK sebelum…