PASIR PUTEH: Polis Kelantan menasihatkan rakyat negeri ini menangguhkan sementara waktu aktiviti berkunjung ke Thailand susulan insiden letupan bom motosikal di Jalan Phu Pha Phakdi, Daerah Mueang, Wilayah Narathiwat, pada Isnin. Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, sekiranya mempunyai urusan penting dan perlu ke sana mereka dinasihatkan supaya berhat-hati. Menurutnya, hal ini kerana kebanyakan insiden letupan bom itu hanya berlaku di sekitar kampung sahaja namun kejadian itu telah…










