PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) masih menguasai sokongan kumpulan pengundi berusia 40 tahun ke bawah meskipun Pakatan Harapan (PH) menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Sabtu lalu. Institut Darul Ehsan (IDE) memaklumkan, PN meraih sokongan 59 peratus pengundi berusia 31 hingga 40 tahun, 65 peratus (25-30 tahun) dan 63 peratus (18-24 tahun) berbanding PH. Menurut IDE, sebaliknya pola pengundian menunjukkan PH hanya menguasai…










