KOTA BHARU: Kementerian Pengangkutan (MOT) yakin penerbangan antarabangsa di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, di sini mampu melonjakan perkembangan ekonomi Kelantan pada masa hadapan. Menterinya Anthony Loke Siew Fook berkata, perkembangan itu dapat dilihat menerusi penambahan pelancong dalam dan luar negara yang menyaksikan LSTIP sebagai salah satu pencapaian penting dalam sektor penerbangan negara. “Melihat kepada potensi itu, kita (MOT) mengalu-alukan syarikat penerbangan yang ingin memulakan penerbangan antarabangsa…










