PETALING JAYA: Pendapatan isi rumah RM8,000 dengan tiga anak masih bersekolah adalah pendapatan minimum sebulan untuk sesebuah keluarga menjalani kehidupan sederhana di bandar-bandar besar di negara ini. Pendapatan itu adalah kadar ideal bagi lima beranak berdasarkan kadar penggunaan isi rumah tahun 2022 melibatkan bandar-bandar seperti di Putrajaya yang merekodkan purata tertinggi iaitu RM8,897 manakala Kuala Lumpur mencatatkan RM7,823, Selangor (RM6,770); Melaka (RM5,707); Johor (RM5,342) dan Pulau Pinang (RM5,322). Bercakap kepada…