Pemuda gembira langsai hutang sebelum lemas

Pemuda gembira langsai hutang sebelum lemas

GAMBAR kenangan Muhammad Luqman Zuraidi (kiri) bersama adiknya ketika Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, di Baling.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Pemuda yang ditemukan lemas di Air Terjun Lata Bayu di sini, kelmarin sempat memberitahu ibunya yang dia gembira dapat melangsaikan semua hutang dengan rakan sebelum kejadian.

Menurut Halimah Salleh, 47, anak sulung daripada tiga beradik itu, Muhammad Luqman Zuraidi, 27, juga ada meninggalkan pesan supaya menyimpan sebahagian wang diperoleh arwah yang melakukan kerja-kerja kampung.

“Sebelum kejadian, arwah minta saya simpan sebahagian duit hasil kerjanya itu untuk digunakan bila perlu. Akhirnya, duit itu digunakan untuk urusan pengebumian arwah,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Bakong Asam Jawa di sini, semalam.

Katanya, arwah juga ada menghantar pesanan menerusi WhatsApp Sabtu lalu yang menjadi tanda tanya.

“Pesanan itu berbunyi, ‘Tak dak dah, tak dak dah.’ Saya tidak tahu apa yang dimaksudkan arwah dan jawab pesanan itu dengan bertanya kenapa dia cakap seperti itu. Namun, dia tidak membalas. Entahlah, mungkin ia petanda dia akan pergi buat selama-lamanya,” ujarnya.

Sementara itu, bapa arwah, Zuraidi Yaacob, 56, berkata, anaknya itu minat memancing dan sering bersama rakan-rakannya memancing ikan di lata itu yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumah.

“Kawan-kawan anak ada datang tanya sama ada Luqman sudah pulang ke rumah pada Maghrib kelmarin, sebelum datang semula pada pukul 9 malam memaklumkan anak saya itu hilang selepas berkelah,” katanya.

Akhbar ini melaporkan seorang pemuda yang dilaporkan hilang selepas berkelah bersama tiga rakannya di Air Terjun Lata Bayu ditemui mati lemas.

Mayat Muhammad Luqman ditemui di dasar sungai pada pukul 11.05 pagi oleh anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN