Pemain sape, Mathew terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat BOH Cameronian - Utusan Malaysia

Pemain sape, Mathew terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat BOH Cameronian

MATHEW (kiri) menerima anugerahnya daripada Caroline Russell.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Pemain sape antarabangsa yang berasal dari Sarawak Mathew Ngau Jau, 72, telah dipilih menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat BOH Cameronian yang berprestij pada Anugerah Seni BOH Cameronian ke-19 (19BCAA) atas sumbangan beliau kepada seni dan budaya Malaysia.

Anugerah itu disampaikan kepada Mathew, seorang tokoh berketurunan Kenyah sebagai menghargai usaha serta komitmen beliau menjulang tinggi seni dan budaya Malaysia sehingga ke peringkat antarabangsa.

Dengan kerjayanya sebagai pemain alat muzik sape menjangkau beberapa dekad, Mathew bukan sahaja telah memelihara tetapi turut meningkatkan mutu persembahan alat muzik tradisional komunitinya (Kenyah) yang memiliki melodi yang mempersonakan sehinga memperoleh pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Sebanyak 39 anugerah dan hadiah wang tunai RM62,000 telah disampaikan kepada beberapa penerima sebagai mengiktiraf dedikasi artis Malaysia yang terus-menerus melonjakkan sempadan seni negara,” menurut pihak penganjur dalam kenyataan semalam.

Majlis anjuran BOH Plantations dan Kakiseni itu turut menganugerahkan individu cemerlang dalam seni tarian, muzik, teater dan teater muzikal .

Pengerusi Eksekutif BOH Plantations Sdn Bhd, Caroline Russell dalam ucapan beliau berkata penyampaian anugerah berkenaan merupakan komitmen syarikat berkenaan menyokong ekspresi kreatif melalui seni.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×