KUCHING: Pemain sape antarabangsa yang berasal dari Sarawak Mathew Ngau Jau, 72, telah dipilih menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat BOH Cameronian yang berprestij pada Anugerah Seni BOH Cameronian ke-19 (19BCAA) atas sumbangan beliau kepada seni dan budaya Malaysia. Anugerah itu disampaikan kepada Mathew, seorang tokoh berketurunan Kenyah sebagai menghargai usaha serta komitmen beliau menjulang tinggi seni dan budaya Malaysia sehingga ke peringkat antarabangsa. Dengan kerjayanya sebagai pemain alat muzik sape…










