JERANTUT: Seorang pesara guru, Anuar Rahman, 61, di Felda Sungai Tekam di sini mengisi masa lapangnya dengan memelihara landak raya bagi memastikan haiwan eksotik ini tidak pupus. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Anuar berkata, dia memelihara haiwan itu bukan untuk komersial tetapi sebagai hobi kerana seronok melihat kelibat landak raya dalam kandang ketika memberi makan. “Setelah memperoleh lesen memelihara haiwan eksotik ini daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)…










