Muhamad Akmal nafi terlibat rasuah

Muhamad Akmal nafi terlibat rasuah

MUHAMAD AKMAL SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh menafikan laporan diterbitkan sebuah portal berita yang mendakwa dirinya kini disiasat mengikut Seksyen 16 (a) dan Seksyen 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Ujarnya, pada perenggan keempat laporan yang diterbitkan semalam itu mendakwa, beliau terlibat dengan insiden rasuah yang dikatakan berlaku di sebuah yayasan di Kuala Lumpur.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, kenyataan berkenaan adalah tidak benar dan merupakan satu fitnah.

“Saya tidak pernah menghadapi apa-apa tuduhan di bawah SPRM ataupun mana-mana pihak berkuasa di negara ini.

“Portal dan penulis yang menyiarkan artikel fitnah ini telah menyebabkan kredibiliti serta reputasi saya sebagai seorang pemimpin serta individu tercemar. Ia juga telah menimbulkan persoalan serta persepsi negatif berkaitan integriti diri saya sebagai seorang pemimpin.

“Oleh yang demikian, terbukti dengan jelas bahawa artikel ini adalah satu fitnah jahat bagi mencemarkan kredibiliti serta reputasi saya sebagai seorang pemimpin serta institusi pimpinan saya,” katanya.

Tambah Muhamad Akmal, portal dan penulis terlibat diarah menurunkan artikel berkenaan dalam tempoh 24 jam serta perlu membuat kenyataan maaf secara rasmi.

“Saya juga telah mengarahkan pasukan peguam saya untuk meneliti hal ini daripada sudut perundangan supaya satu tindakan undang-undang dapat dijalankan jika pihak portal serta penulis gagal memenuhi tuntutan ini,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN