Mohd. Azizi balas surat Bersatu Jumaat ini

Mohd. Azizi balas surat Bersatu Jumaat ini

nenggiri
MOHD. AZIZI ABU NAIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd. Azizi Abu Naim mengesahkan akan menjawab surat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Jumaat ini selepas menyatakan sokongan terbuka kepada Perdana Menteri.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mohd. Azizi berkata, tindakan itu selari dengan tarikh akhir yang ditetapkan, iaitu 31 Mei.

Menurutnya, sehingga kini pendiriannya masih sama, iaitu menyokong Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya tetap dengan pendirian menyokong Kerajaan Persekutuan demi kemaslahatan rakyat saya di Gua Musang.

“Saya mohon maaf kepada Presiden Bersatu, kebajikan warga Gua Musang adalah keutamaan saya,” katanya ketika dihubungi di sini, kelmarin.

Mohd. Azizi memberitahu, pada minggu lalu, enam ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) yang mendapat surat arahan daripada Bersatu telah mengadakan perbincangan.

“Perbincangan kami lebih menjurus kepada menunjukkan kesetiaan kepada Bersatu, tetapi kami tetap menyokong Kerajaan Persekutuan.

“Apa yang pasti, kami tidak melanggar Akta Lompat Parti dan berkenaan pindaan perlembagaan Bersatu. Itu adalah hak parti, tetapi parti melalui Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) mestilah telus dan mematuhi perlembagaan dalam memastikan setiap ahli parti tidak ter­aniaya dan mendapat keadilan,” ujarnya.

Media sebelum ini mela­porkan, Bersatu mengambil langkah seterusnya selepas 14 hari notis dihantar kepada enam ahli Parlimennya yang mengisytiharkan soko­ngan kepada Perdana Menteri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN