Mangsa mengenali suspek yang melepaskan tembakan-Polis Kelantan

Mangsa mengenali suspek yang melepaskan tembakan-Polis Kelantan

MUHAMAD Zaki Harun (tengah) menyampaikan sijil Perlantikan Watikah  Badan Kepimpinan Muda Pelajar 2024/2025  di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan hari ini- UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Kelantan tidak menolak kemungkinan pemandu lori yang menjadi mangsa kes tembak di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas dekat Pasir Mas awal semalam mengenali suspek terlibat kejadian tersebut.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan mendapati, mangsa yang berusia 33 tahun mengenali kedua-dua suspek sekali gus menjadikan individu yang terlibat sudah dikenal pasti.

“Anggaran 80 peratus kemungkinan kejadian itu berlaku adalah mangsa dan suspek mempunyai masalah sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan mendapati, mangsa mempunyai tujuh rekod kesalahan lampau termasuk Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perlantikan Watikah  Badan Kepimpinan Muda Pelajar 2024/2025 dan Buku Catatan Disiplin di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra di sini hari ini.

Muhamad Zaki bagaimanapun memberitahu, motif sebenar kejadian tembakan itu bagaimanapun masih lagi dalam siasatan.

Katanya, berpandukan rekod jenayah lampau mangsa, polis tidak menolak kemungkinan suspek bertindak melepaskan tembakan selepas berlaku konflik melibatkan dua belah pihak dalam kes tersebut.

“Senjata api yang digunakan oleh suspek adalah jenis semi auto berdasarkan penemuan kelongsong peluru di lokasi kejadian.

“Kita percaya suspek masih berada di dalam negeri ini dan usaha untuk mengesan kedua-dua lelaki itu sedang giat dijalankan,” ujarnya.

Muhamad Zaki berkata, disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Utusan Malaysia sebelum itu melaporkan, tidur nyenyak seorang pemandu lori terganggu selepas dikejutkan dengan bunyi empat das tembakan dilepaskan oleh individu tidak dikenali di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, di sini awal pagi tadi.

Tembakan yang dilepaskan sekitar pukul 3.30 pagi telah mengenai sebuah kereta dan trak pikap yang berada dihadapan rumahnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×