REMBAU: Sebuah lori yang membawa muatan berat lima gelungan getah padu melintang di tengah jalan selepas gagal mendaki laluan berbukit di kilometer empat Jalan Bukit Miku-Inas, di sini, petang tadi. Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Shaik Abd. Kadar Shaik Mohamed berkata, kejadian kira-kira pukul 3.15 petang berkenaan mengakibatkan kawasan itu tidak boleh dilalui kenderaan kira-kira dua jam. Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, lori jenis Scania yang dipandu oleh seorang lelaki…










