KUANTAN: Seorang lelaki nyaris maut apabila sebatang besi terjatuh dari sebuah lori dan menusuk lengan serta rusuk kirinya dalam kejadian di Pantai Sepat, semalam. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, mangsa, Jamaludin Amin, 45, kini sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini. Katanya, kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 3.30 petang apabila sebatang besi sepanjang 0.75 meter dipercayai terjatuh dan melayang menembusi…