KV Dato’ Undang Haji Muhamad Sharip jadi pilihan lepasan tingkatan tiga - Utusan Malaysia

KV Dato’ Undang Haji Muhamad Sharip jadi pilihan lepasan tingkatan tiga

AMINUDDIN Harun dan Yusni (tiga dari kiri) melawat pameran pelajar serta tenaga pengajar pada Majlis Perasmian Gempak TVET Madani KV Dato’ Undang Haji Muhamad Sharip di Rembau hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Kolej Vokasional Dato’ Undang Haji Muhamad Sharip di sini sentiasa menjadi pilihan kepada pelajar lepasan tingkatan tiga yang mahu menyambung pelajaran dalam pelbagai bidang hospitaliti.

Pengarahnya, Yusni Abdul Murad berkata, antara bidang yang menjadi pilihan menerusi program seni kulinari, kosmetologi (persolekan), bakeri dan pastri serta program seni reka fesyen.

“Sepanjang empat tahun lima bulan pelajar dididik untuk menguasai kemahiran tersebut malah saban tahun mereka sentiasa mengharumkan nama kolej ini.

“Ini termasuklah seorang pelajar program kosmetologi yang menjadi pelajar terbaik program peringkat kebangsaan semasa majlis konvokesyen kali kelapan yang diadakan pada bulan Mac lalu,” katanya sewaktu berucap pada Majlis Perasmian Gempak TVET Madani, KV Dato’ Undang Haji Muhamad Sharip di sini hari ini.

Majlis dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Yusni malahan menambah, kolej berkenaan juga sering meraih pingat dalam pertandingan-pertandingan inovasi sekali gus memperlihatkan kesemua 387 orang pelajar kolej itu sentiasa bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Sementara itu, Aminuddin berkata, kerajaan Negeri Sembilan melalui Belanjawan 2024 telah memperuntukkan sejumlah RM11.8 juta bagi memperkukuh lagi pembangunan modal insan dan pendidikan di negeri ini.

Kerajaan negeri juga menurut beliau, giat menjalankan kempen dan menggalakkan belia untuk memiliki kemahiran bagi mempertingkatkan kompetensi masing-masing dalam teknologi terkini.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×