PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memperluaskan kemudahan sistem pagar automatik (autogate) di pintu masuk negara kepada 36 buah negara lagi bermula 1 Jun ini bagi mengatasi kesesakan di pintu masuk berkenaan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, inisiatif ini diharap dapat mempermudahkan ketibaan pelancong dari negara berkenaan sekali gus membantu merancakkan industri pelancongan negara. Beliau berkata, sebelum ini, kemudahan itu sudah digunapakai bagi pelancong dari 10 negara…










