SUNGAI PETANI: Keluarga mendiang Chee Gaik Yap yang mati dibunuh 18 tahun lalu, menarik nafas lega selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap bekas ahli perniagaan, Shahril Jaafar, 43. Jurucakap keluarga mendiang, Datuk Lydia Ong Kok Foi berkata, selama ini kesemua mereka tidak dapat tidur lena selagi penjenayah yang membunuh Gaik Yap tidak mendapat hukuman setimpal dengan perbuatannya. Jelasnya, ahli keluarga mendiang terutama bapanya, Chee Ah Sau, 67, sering gelisah,…