SEREMBAN: Seramai 387 peserta akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Wushu Remaja Kebangsaan ke-13 KPM-Himalaya Sports 2024 yang akan berlangsung selama empat hari bermula Jumaat ini. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Mustapha Nagoor berkata, peserta yang berusia antara 8 hingga 18 tahun mewakili 16 pasukan dari seluruh negara. Beliau berkata, mereka bakal bersaing dalam 81 acara yang dipertandingkan dalam kejohanan di Dewan N. S. Chin Woo Athletic Association…