Johor tidak halang warga asing berniaga

Johor tidak halang warga asing berniaga

MOHD. JAFNI Md. Shukor menjawab soalan dalam Sidang DUN Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini tidak menghalang warganegara asing menjalankan aktiviti perniagaan selagi nama mereka terdapat dalam maklumat pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, hingga kini tiada sebarang sekatan atau halangan daripada pihak SSM dalam membenarkan warganegara asing untuk mendaftar perniagaan mereka.

“Sebagaimana ditetapkan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian, tiada halangan bagi warganegara asing menjalankan aktiviti perniagaan selagi nama mereka terdapat dalam maklumat pendaftaran SSM.

“Selain itu, bagi warganegara asing yang berkahwin dengan rakyat tempatan, terdapat kebenaran daripada pihak Jabatan Imigresen untuk pasangan warganegara asing tersebut bekerja.

“Mereka dibenarkan untuk bekerja, melakukan pekerjaan berbayar atau berniaga dalam tempoh sah laku Pas Lawatan Sosial tersebut dengan syarat pekerjaan atau perniagaan tersebut adalah sah mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa di Malaysia,” katanya menjawab soalan Baharudin Mohamed Taib (BN-Permas) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Bangunan Sultan Ismail, di sini hari ini.

Mohd. Jafni (BN-Bukit Permai) berkata, bagi lesen penjaja, memang secara dasarnya kesemua 16 PBT tidak akan mengeluarkan lesen kepada bukan warganegara.

Namun, pasangan mereka yang merupakan warganegara  boleh mendapatkan lesen perniagaan atau lesen penjaja bagi menjalankan perniagaan di dalam kawasan pentadbiran PBT. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN