JOHOR BAHRU: Jenazah pemuda yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, Jumaat lalu dikebumikan di Pusara Islam Kampung Sungai Tiram, di sini sebentar tadi. Van yang dipercayai membawa jenazah suspek berusia 21 tahun itu dilihat memasuki pekarangan tanah perkuburan berkenaan pada pukul 12.15 tengah hari. Walau bagaimanapun, proses pengebumian itu hanya dihadiri beberapa penduduk kampung dikawal pegawai dan anggota polis. Pengamal media dihalang daripada menghampiri kawasan berkenaan sebelum diminta keluar dipercayai atas faktor keselamatan. Ketua Kampung Sungai Tiram, Muhamad Mohamed Som, 66, memberitahu, pihaknya dimaklumkan Pejabat Kadi Daerah untuk menjarakkan lokasi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya