SEREMBAN: Masalah jalan mendap di laluan masuk ke kawasan perumahan Taman Sri Kamban di sini yang berlarutan sejak lapan bulan lalu, didakwa semakin teruk dan mengancam keselamatan penduduk. Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Sri Kamban, Cheok Chong Yiu berkata, jalan itu mendap kira-kira dua kaki (0.6 meter) melibatkan laluan sejauh 50 meter dan dikhuatiri boleh menyebabkan tanah runtuh. “Aduan telah dibuat kepada Majlis Bandaraya Seremban (MBS) sejak Ogos tahun lalu tetapi…