JOHOR BAHRU: Kelewatan penghantaran helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Malaysia (TDM) tidak menjejaskan operasi dan tugasan harian agensi berkenaan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana TDM mempunyai helikopter lain yang boleh digunakan ketika ini. “Helikopter itu untuk kegunaan di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak bagi membawa anggota dan muatan seperti peralatan dan sebagainya. “Tetapi operasi dan tugasan tidak terjejas kerana TDM ada helikopter lain, jika…










