Beri elaun khas kepada guru mengajar di pedalaman Semananjung

Beri elaun khas kepada guru yang mengajar di pedalaman Semenanjung

guru
Guru yang mengajar di kawasan pedalaman Semanjung seperti di Pos Balar juga wajar diberikan elaun khas. - Gambar Hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman di Semenanjung Malaysia perlu diberikan elaun khas bagi bagi menghargai jasa dan  pengorbanan mereka sama seperti rakan-rakan di Sabah dan Sarawak.

MOHD. RIDHWAN OTHMAN

engerusi Mendidik Malaysia, Mohd. Ridhwan Othman berkata, insentif itu sebagai motivasi dan dorongan kepada tenaga pengajar terbabit yang berdepan dengan pelbagai cabaran fizikal dan mental sepanjang bertugas di kawasan pedalaman.

“Guru-guru di Semenanjung yang mengajar di pedalaman perlu diberi insentif mengikut zon sesebuah kawasan sekolah tersebut.

“Ini seperti guru-guru yang kini mengajar di Sabah dan Sarawak diberi elaun wilayah dan elaun lain yang bersesuaian tempat guru tersebut berkhidmat,” katanya ketika ditemui di sini.

Mohd. Ridhwan berkata, insentif itu akan membakar semangat guru-guru bagi menjalankan amanah mendidik pelajar sepenuh hati dan terbuka serta sanggup mengharungi cabaran membina modal insan berkualiti.

Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Muafakat Pendidikan Johor (MPJ) berkata, pemberian elaun khas itu wajar kerana pengorbanan guru-guru pedalaman tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.

“Bertugas di luar bandar, khususnya kawasan pedalaman amat mencabar. Ketiadaan kemudahan asas selain hanya berbekalkan generator dan air sungai antara cabaran yang perlu dihadapi guru terbabit,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN