MANILA: Kawasan empangan yang kering-kontang akibat kemarau di utara Filipina mengejutkan penduduk apabila muncul runtuhan peninggalan sejarah sejak berabad lalu. Lapor Reuters, struktur dari bandar lama itu dikenal pasti sebagai sebahagian dari gereja yang tenggelam di wilayah Nueva Ecija. Bandar lama itu dipindahkan pada 1970an semasa pembinaan empangan berkenaan yang kini berfungsi sebagai pengairan utama dan sumber air di Nueva Ecija serta wilayah berdekatan. Bekas jururawat, Aurea Delos Santos, 61,…











