Gadis hidap tumor hati perlu dana RM550,000

Gadis hidap tumor hati perlu dana RM550,000

TAN QIAO QI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Seperti remaja perempuan lain yang seusia dengannya, Tan Qiao Qi, 18, juga mengimpikan kehidupan yang ceria serta penuh warna-warni.

Bagaimanapun, malang menimpa gadis itu apabila dia didiagnosis menghidap penyakit tumor hati yang jarang berlaku atau ‘Recurrent Embryonal Sarcoma of the Liver’ sejak awal tahun ini.

Segalanya bermula apabila anak bongsu daripada dua beradik itu mula mengalami muntah-muntah, sakit tulang dada, berpeluh serta berwajah pucat ketika hari pertama menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), 29 Januari lalu.

Menurut Pengerusi pertubuhan amal, One Hope Charity and Welfare, Datuk Chua Sui Hau, selepas dikejarkan ke hospital, doktor mendapati bahawa tumor hati Qiao Qi te­lah pecah.

Sehubungan itu katanya, pembedahan kecemasan perlu dilakukan bagi mengeluarkan darah kotor serta dua pertiga daripada hatinya yang telah diserang sel-sel kanser itu.

“Dia (Qiao Qi) juga telah disahkan menghidap ‘Recurrent Embryonal Sarcoma of the Liver’ dan terpaksa dirawat di unit rawatan rapi (ICU) selama sebulan lebih,” katanya di sini, semalam.

Berikutan sel tumor semakin agresif, maka gadis itu perlu dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, kos rawatan di situ sangat tinggi mencecah RM550,000.

Orang ramai boleh salurkan sumbangan melalui akaun Public Bank Berhad bernombor 3235446 336 atas nama One Hope Charity and Welfare atau hubungi 016-4192 192 atau 019-2322 192.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN