JERANTUT: Felcra Berhad (Felcra) akan memastikan sembilan kilang sawit milik agensi berkenaan melaksanakan projek hiliran kilang biogas dalam usaha meningkatkan sumber tenaga boleh diperbaharui negara. Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, pihaknya yakin usaha itu akan memberikan kesejahteraan dan keselesaan kepada semua pihak terutama masyarakat luar bandar yang sentiasa mendambakan keperluan asas seperti elektrik yang mencukupi dan setanding dengan mereka di bandar. “Bekalan elektrik yang stabil membolehkan perusahaan…