PETALING JAYA: Polis menahan dua lelaki yang cuba menceroboh Istana Negara di Jalan Sultan Abdul Halim di sini, bersama sebilah parang semalam. Dalam kejadian pukul 4.40 petang itu, sebuah kereta Perodua Kembara yang cuba memasuki Pintu 3, Istana Negara atas tujuan untuk berjumpa Yang di-Pertuan Agong ditahan anggota polis. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan suspek turut menemukan sebilah parang. “Susulan itu,…










