KLUANG: Tiada bekalan elektrik, bertemankan cahaya lilin atau lampu ayam untuk menerangi kegelapan malam. Itu antara cabaran dialami seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Sedohok, Kahang, dekat sini. Abdul Rahim Abdullah, 47, ditempatkan di SK Seri Sedohok pada 2004 dan pada tahun pertama, dia menginap di rumah guru di kawasan sekolah tanpa bekalan elektrik, hanya bergantung kepada sebuah generator yang berfunsgi sehingga pukul 1 petang (tamat waktu sekolah). “Waktu…










