KUALA LUMPUR: Pelaburan signifikan dalam idea, usaha dan sumber sangat penting bagi memastikan ancaman keselamatan bentuk baharu dapat ditangani dengan berkesan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ancaman keselamatan baharu yang berkembang pesat, menuntut idea transformatif untuk mengubah strategi menanganinya. Menurutnya, ia memerlukan kerjasama antara agensi dan rangkaian antarabangsa bagi mempelajari semula dan memahami mengenai peperangan serta ancaman keselamatan. Justeru, kata beliau, penglibatan generasi muda yang mahir dengan…










